Profile Syarikat

IRMA ARIANDI GLOBAL SDN. BHD. (1240483H)

RINGKASAN SYARIKAT

Irma Ariandi Global Sdn. Bhd., adalah syarikat 100% bumiputra milik Dr.Irma Shida bt Abu Samah, seorang doktor pergigigian dan juga tuan punya Klinik Pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor. Bermula sebagai Irma Ariandi Enterprise (UT0012640H) yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai platform untuk memasar dan mengedar produk kosmetik jenama Dr.IRMA. Perniagaan produk ini yang bermula dengan pemasaran secara atas talian (online) dan beroperasi dari premis persendirian telah berkembang kepada pemasaran secara runcit (retail) dengan pembukaan Butik DR.IRMA Skincare and Cosmetics di L1-10, Aras 1, Galleria@Kotaraya, Jalan Trus, Johor Bahru, Johor pada 4 Disember 2016. Selain itu produk ini juga dipasarkan melalui agen dan stokis yang dilantik di seluruh Malaysia.

Produk hasil usaha dan formulasi oleh Dr.Irma ini telah melalui proses kajian dan penyelidikan bersama ahli kimia yang dilantik oleh kilang yang bertaraf GMP dan HALAL, Malaysia. Rangkaian produk Dr. Irma ini adalah bagi tujuan penjagaan kulit dan kosmetik yang lengkap bagi semua jenis pemasalahan kulit dan diformulasikan dari bahan alami dan semulajadi serta tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Sehingga kini, terdapat sebanyak 18 produk dalam rangkaian jenama DR.IRMA yang dipasarkan dan juga rangkaian produk eksklusif hanya untuk kegunaan dalam perkhidmatan rawatan kecantikan yang terdiri daripada :-

1. WHITENING BB SERUM FOUNDATION
2. RADIANT WHITE CLEANSER+
3. RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM
4. MIRACLE WHITE CRYSTAL ESSENCE
5. MIRACLE WHITE BEAUTY BALM
6. MIRACLE WHITE NIGHT JELLY
7. RADIANT CLEAR DERM-TONIC
8. RADIANT CLEAR DERM-PURIFIER
9. RADIANT CLEAR DAY & NIGHT BALM
10. RADIANT CLEAR COOL-OFF
11. RADIANT CLEAR DERM-EXFOLIATOR
12. RADIANT SALT SPA
13. RADIANT GLOW CC FOUNDATION
14. PAPAYA SOAP
15. GG BALM SPF35
16. MASQUE D’ROSE
17. GOLD MASK
18. BLACK GOLD MASK

Penghasilan produk kosmetik melalui kontrak pengilangan dengan kilang kosmetik tempatan bertaraf GMP dan menggunakan bahan-bahan mentah berkualiti tinggi yang diimpot dari Peranchis, United Kingdom, Kanada dan beberapa negara pengeluar bahan mentah kosmetik. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk yang teliti telah dilakukan bersama pihak pengilang bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Pelanggan rangkaian produk Dr.Irma ini terdiri daripada penduduk Malaysia dari pelbagai etnik dan umur. Selain itu pelanggan produk ini juga dari luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Bagi menjamin kerahsiaan dan ketulenan formulasi, syarikat telah mengadakan perjanjian pengilangan dengan kilang yang dilantik untuk mendpaatkan hak ekskulsif terhadap semua produk yang dihasilkan oleh kilang terpilih. Syarikat juga telah mendaftarkan logo syarikat dan telah mendapat hak ‘trademark’ dari MyIPO (the Intellectual Property Corporation of Malaysia ™).

Syarikat ini, melalui produk DR.IRMA yang telah mendapat sijil HALAL dari JAKIM Malaysia pada 1 April 2018, memberi fokus kepada produk terlaris serta berpotensi menjadi produk hebat yang dapat memberikan hasil yang menakjubkan tanpa penggunaan bahan-bahan kimia terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

PERKHIDMATAN KAMI
  • Menghasil, mengedar dan menjual produk penjagaan kulit dan kosmetik DR.IRMA
  • Memberi perkhidmatan rawatan kecantikan menggunakan produk DR.IRMA
  • Menghasil, mengedar dan menjual makanan tambahan bagi mempercepatkan proses pemulihan kulit dari dalam.
POLISI KAMI
  • Untuk terus maju dan berdaya saing dalam bidang perniagaan penjagaan kulit, kosmetik dan makanan tambahan.
  • Untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dan memuaskan dengan semua pengguna.
  • Untuk memastikan kualiti produk sentiasa terjamin serta mengutamakan keselamatan pengguna-pengguna dengan mematuhi garis panduan yang ditentukan oleh Kerajaan.
  • Untuk peka kepada trend dan kehendak pengguna dan patuh kepada etika dan integriti yang ditetapkan.
AKTIVITI KAMI

Sejak awal perniagaan, pemasaran produk Dr.IRMA dilakukan melalui online, dengan menerima pesanan dari facebook, Instagram, Whatsapp, LAZADA, 11STREET LELONG.MY, Q0100, AliBaba dan SHOPEE. Selain itu syarikat ini juga melantik stokis dan agen jualan yang terdiri dari orang persendirian dan peniaga runcit di Melaka, Johor, Kedah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negri Sembilan, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak termasuk Brunei untuk menjual rangkaian produk DR.IRMA.

Syarikat ini juga mengadakan laman sesawang www.drirma.com bagi tujuan, mewawarkan, menjual dan memberi pengetahuan mengenai rangkaian produk DR.IRMA dengan lebih terperinci. Pengunjung laman sesawang ini boleh membuat pembelian produk, pertanyaan produk, memberi maklumbalas serta berkongsi maklumt mengenai produk secara interaktif.

Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan yang membuat pembelian melalui media sosial dengan kadar segera tanpa mengenakan caj tambahan. Selain itu, kami menggunakan perkhidmatan penghantaran yang efisien yang menjamin pelanggan akan menerima produk dengan cepat dan selamat. Kami juga menggunakan kaedah pembungkusan produk untuk penghantaran, mengikut piawaian yang ditentukan bagi memastikan produk sampai dengan selamat kepada pengguna.

Bermula Disember 2016, perniagaan produk Dr.IRMA telah berkembang dengan menambah satu lagi saluran pemasaran iaitu premis perniagaan yang dinamakan DR.IRMA Skincare & Cosmetics di kompleks membeli-belah Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru, Johor. Perpindahan dilakukan sejajar dengan usaha syarikat untuk memperkembangakan dan memperbesarkan perniagaan dengan menggabungkan kedua-dua saluran pemasaran produk iaitu online dan juga runcit (retail).

Bagi mempelbagaikan perkhidmatan di Butik DR.IRMA Skincare & Cosmetics, syarikat menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan dengan menggunakan produk DR.IRMA bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba dan merasai produk dengan lebih teliti sebelum membuat pembelian.

Lanjutan kepada perkhidmatan kecantikan yang tawarkan terus kepada pelanggan di butik, syarikat juga menyediakan pakej DRIRMA BEAUTY2U yang ditujukan kepada salon kecantikan dan spa bergerak. Pakej ini membolehkan pengusaha salon dan spa bergerak menawarkan rawatan kecantikan kepada pelanggan-pelanggan mereka menggunakan kaedah dan produk Dr.Irma secara eksklusif.

KAEDAH PEMASARAN KAMI

Pemasaran merupakan satu ciri terpenting untuk melancarkan operasi perniagaan dan ini dilakukan dengan mempromosikan produk DR.IRMA kepada umum melalui iklan di media sosial mahupun media elektronik bertujuan untuk menarik minat pelanggan dengan menawarkan berbagai perkhidmatan rawatan kecantikan dan produk berkualiti. Syarikat amat mengambil berat usaha memaksimumkan keuntungan dengan menganggap pelanggan sedia ada sebagai aset yang penting dalam mencipta ‘pengguna setia’ atau pelanggan berulang. Pendekatan usaha promosi syarikat ini memberi fokus kepada kaedah mendapatkan pelanggan baru serta kaedah pengalakkan pelanggan sedia ada untuk pulangan yang lebih tinggi.

Pendekatan program promosi yang dicerap oleh syarikat ini adalah melalui promosi/pemasaran online di laman web rasmi, Facebook, Instagram, Lazada, 11st Street dan juga offline seperti iklan di radio, tv dan majalah, pemasangan billboard, banner, pemberian risalah, pembukaan booth jualan di pameran dan perbagai perkhidmatan lepas jualan.

a) Pemasaran/Promosi Online

Promosi cara ini telah dilakukan sejak operasi syarikat dengan usaha pengenalan dan promosi produk dibuat di media sosial seperti Facebook dan Instagram dan juga melalui laman web www.drirma.com. Pelantikan seorang pegawai khas bertanggungjawab memantau dan mendaptkan carian ‘follower’ bagi Instagram drirma_official dan membangun komuniti untuk perniagaan produk DR.IRMA. Selain itu, media sosial juga dapat membangunkan hubungan dengan pelanggan dan dapat menawarkan jangkauan yang luas dan berpotensi mengambil peluang viral marketing.

Selain itu, memastikan ‘Search Engine Optimization’ yang optimum bagi laman web dr.irma.com supaya sentiasa berada di kedudukan yang terbaik dalam search engine apabila kata kunci berkaitan kecantikan digunakan dalam pencarian di Internet.

b) Pemasaran/Promosi Offline

Promosi cara ini pun telah dilakukan oleh syarikat dengan pemberian risalah, brosur dan bunting kepada agen dan juga stokis yang diantik oleh syarikat. Selain itu risalah dan brosur juga dihantar atau diberi bersama pembelian produk bertujuan untuk meluaskan penyebaran maklumat mengenai produk. Perlantikan agen dan stokis di setiap negeri dapat meluaskan penyebaran dan pengedaran produk dan mendekatan produk kepada pelanggan. Sehingga kini terdapat agen-agen jualan di Sarawak, Kedah, Kuala Lumpur , Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Melaka dan juga Brunei. Agen dan stokis bertanggungjawab untuk pembelian yang dibuat melalui mereka mengikut negeri masing-masing. Mereka juga digalakkan untuk membuat promosi produk menggunakan kaedah dan cara mereka untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya jualan.

Syarikat juga telah meningkatkan usaha untuk memperkenalkan produk kepada pengguna seluruh Malaysia dengan membuat iklan-iklan produk di radio dan televisyen serta akhbar dan majalah.

c) Aktiviti-Aktiviti Pemasaran dan Promosi

Syarikat telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut untuk meluaskan promosi produk dengan :-

i. Menggunakan media elektronik dengan lebih meluas untuk menyebarkan jenama dan produk seperti televisyen, radio, billboard, majalah dan akhbar seperti:
– Pengenalan produk di stesen televisyen melalui rancangan B’Frenz dan SAF M di TV AlHijrah
– Pengenalan produk melalui iklan di televisyen ASTRO 114
– Pengenalan produk melalui iklan di radio Best 104

ii. Membuat penajaan produk seperti
– Hadiah Pemenang Mingguan Mentor Millenia 2017
(minggu 1-5)
– Hadiah Pemenang Mingguan Meletop (Minggu 5)
– Tajaan hadiah untuk Hari Keluarga KarangKraf
– Tajaan produk untuk kegunaan artis/pengacara TV AlHijrah sejak Mac 2017

iii. Penjualan produk di portal Alibaba.com

iv. Penglibatan dalam acara pameran melalui pembukaan booth jualan di sekitar Johor dan Kula Lumpur

v. Mengadakan bengkel pengenalan kepada produk dan sesi bertemu pelanggan bermula April 2018
vi. Menganjurkankan pertandingan bersama Makeup Artis (MUA) di Kuala Lumpur pada April 2018

vii. Pemasaran melalui program-program penajaan sambil menderma (CSR)

– Pemberian sumbangan wang dan juga produk bagi keluarga yang memerlukan melalui Tabung Bakti IRMA ARIANDI yang ditubuhkan oleh Irma Ariandi Enterprise dengan mengagihkan RM1 ringgit bagi setiap jualan produk Dr.Irma. Agihan sumbangan yang diberi setiap bulan ini telah menyumbang kepada 12 keluarga telah menerima dari sumbangan tersebut.

– Menaja rancangan ‘Ceritaku’ bagi televisyen HyppTV dimana sumbangan yang diberi telah dirakamkan dalam 2 episod rancangan ini.

d) Perancangan Perluasan Pemasaran/Promosi

i. Pemasangan Billboard di lokasi-lokasi strategik
ii. Pengiklanan di stesyen televisyen dan radio utama

iii. Infomersial bagi produk Dr.Irma dalam majalah-majalah terkemuka
iv. Menembusi pasaran luar negara menerusi SMECorp, MATRADE dan lain-lain badan kerajaan berkaitan

v. Menempatkan produk Dr.Irma di toko-toko dan farmasi terpilih. Sebagai permulaan fokus syarikat adalah untuk menempatkan produk seperti di 7Eleven AEON Wellness Pharmacy terpilih di Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru.

vi. Mengadakan jelajah (roadshow) dengan membuat bengkel untuk bertemu agen, stokis dan pengguna baru dengan lebih dekat telah dijadualkan untuk sepanjang tahun 2018.

Sejak beroperasi, syarikat telah mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna produk serta stokis dan agen yang mengedar produk tersebut. Syarikat mengutamakan smart-partnering dan kolaborasi dengan pihak pengilang produk, agen-agen pengedar dan syarikat penghantar produk untuk memastikan kualiti dan integriti produk DR.IRMA terjamin.

Dengan strategi yang telah dikenalpasti, syarikat yakin akan berjaya dalam perniagaan ini. Keyakinan pelanggan amat dititikberatkan bagi memastikan kejayaan syarikat yang optimum.

VISI KAMI

Visi Syarikat adalah untuk berjaya serta berdaya saing, setanding dengan nama-nama besar pengusaha kosmetik tanahair yang berjaya dengan pencapaian yang boleh dibanggakan. Kami juga berusaha untuk menembusi pasaran global serta kekal relevan dalam industri ini.

MISI KAMI

Memperkasakan jenama produk DR.IRMA dan memastikan kualiti dan pelaksanaan kawalan mutu produk yang ketat dilaksanakan untuk kepuasan pengguna. Syarikat yakin bahawa produk keluaran bumiputra ini mampu mencapai tahap produk berprestij dan eksklusif yang diyakini serta terbukti keberkesannya. Tindakan mendaftarkan hak paten untuk produk-produk DR.IRMA memberi jaminan dan keyakinan kepada pengguna tentang mutu dan kualiti produk. Selain itu, syarikat juga berusaha untuk mengekalkan kecekapan dan mengawal kos pengeluaran serta memaksimakan keuntungan.

Syarikat yakin, produk DR.IRMA mampu berjaya dalam industri kosmetik dan kecantikan dan dalam masa terdekat dapat meluaskan ke pasaran antarabangsa dan kekal relevan dengan pelbagai produk-produk yang berkualiti dan berkesan tanpa menggunakan bahan terlarang.

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama :
IRMA ARIANDI GLOBAL SDN. BHD

Jenis Syarikat :
PEMILIKAN TUNGGAL

Registration :

Alamat Berdaftar :
L1-10, ARAS 1, GALLERIA@KOTARAYA, JALAN TRUS, 80000 JOHOR BAHRU

Jenis Perniagaan :
MENJUAL DAN MENGEDAR PRODUK
PENJAGAAN KULIT DAN KOSMETIK
JENAMA DR.IRMA DAN PERKHIDMATAN
RAWATAN KECANTIKAN DAN MENJUAL
MAKANAN TAMBAHAN

Kaedah Perniagaan :
RUNCIT & ATAS TALIAN (ONLINE)

Tempoh Perniagaan :
BERMULA NOVEMBER 2015

Laman Sesawang :
www.drirma.com.my

Email:
drirmamarketing@gmail.com
drirmaeditorial@gmail.com

Instagram :
drirma.com.my
drirma.dentist
drirma.skincare
drirma.entertainment

Facebook :
Drirma.com.my
Dr. Irma Skincare and Cosmetic
DR. IRMA Entertainment

Rujuk :
DR. IRMA SHIDA BT ABU SAMAH
ZAIMAH BT ATAN

Telefon Bimbit :
+60-0189867511