Buletin & CSR

Dr Irma, wanita serba boleh berjiwa seni

Doktor berjiwa seni, begitulah susuk wanita dikenali sebagai Dr Irma Shida Abu Samah, 38, ini.

Mempunyai kerjaya yang cukup dihormati sebagai doktor dengan mengusahakan klinik pergigian Irma Ariandi berlokasi di Plaza Larkin, Johor Bahru selain memiliki produknya sendiri (Dr Irma Skincare & Cosmetics), namun menubuhkan syarikat Dr Irma Entertainment adalah dedikasi kecintaannya terhadap bidang seni.