Suami ‘Raja’ di Rumah? Apa Nak Buat?

Caucasian couple arguing on sofa

Makan nak dihidang, baju nak disediakan tapi dia pula syok duduk depan tengok televisyen (TV).

Pinggan sebiji pun malas nak basuh, apatah lagi bila kita minta tolong kerja-kerja rumah yang lain. Bukan main meradang dia. Nak minta tolong tengok-tengokkan anak jauh sekali.

Haa.. inilah simptom-simptom anda sedang dibuli oleh suami sendiri! Suami perlu  sedar tabiat buruk mereka yang satu ini.

Ego sikit-sikit tu biasalah kalau dah namanya lelaki. Tapi jangan sampai berlebihan sebab ia boleh merosakkan hubungan anda dalam diam.

Para isteri di luar sana, apa kata cuba guna tips ini, mana tahu berjaya jadikan suami anda ‘geng’ untuk buat kerja-kerja rumah bersama.

  • Hargai apa yang dilakukan

Menghargai apa yang dilakukan oleh suami adalah langkah permulaan untuk memintanya membantu kerja-kerja di rumah.

Walaupun suami hanya membantu anda menyusun kasutnya sendiri tapi hargailah apa yang dilakukan dengan ucapan terima kasih atau dakapan mesra. Pasti mereka seronok!

  • Puji terlebih dulu

Semua orang suka jika dirinya dipuji termasuklah lelaki. Tetapi pujian untuk memujuk suami menghulurkan bantuan sebaiknya dilakukan dengan ikhlas dan bukannya pujian sesedap mulut.

Kata-kata ini ibarat menaikkan semangat suami untuk membantu. Walaupun kadangkala apa yang dilakukan mereka tidaklah sesempurna mana, tapi tak salah kalau mereka diberi pujian.

  • Bantuan daripada anak

Desakan daripada anak kadang-kala memberi pendorong paling kuat pada si ayah untuk melakukan kerja rumah. Jika permintaan anda tidak dihiraukan maka pertolongan anak mungkin diperlukan.

Minta anak melakukannya bagi pihak anda. Kata-kata yang terkeluar dari anak sudah pastinya memberi kesan pada si ayah. Rasa bersalah kerana tidak menolong akan membuatkan suami terus bangkit melakukannya.

  • Jangan terlalu kerap

Jika suami sudah mula ringan tulang janganlah mengambil kesempatan atas kerajinannya.

Jangan terlalu kerap menyuruh itu dan ini pada suami kerana suami pasti akan cepat bosan dengan perintah dan arahan anda. Kebosanan ini akan menyebabkan dia mula mengulang sikap lama. Anda juga yang rugi!

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.