Hampas Teh Jangan Dibuang Sebab Ada 12 Kegunaan Lain

Bagi penggemar teh, ia sesuatu yang nikmat. Sebutlah teh apa pun, baik teh tarik, teh ais, teh O ais limau, teh hijau, teh berperisa strawberi atau apa sahaja pasti mengundang liur. Dalam kita menikmati keenakan teh, mungkin kita lupa pada keunikan minuman itu sendiri.

Hakikatnya teh kaya dengan vitamin C, vitamin E, antioksidan dan pelbagai khasiat yang baik untuk kulit. Ia dikatakan mempunyai banyak kegunaan, termasuk melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser dan lain-lain penyakit.

Selepas minum, biasanya kita akan buang hampas atau teh yang masam. Eee…jangan dibuat begitu. Dalam keadaan sekarang, manfaatkan apa yang ada. Ia bukan sahaja menjimatkan, malah anda lihat hasilnya nanti.

Apa pun jika anda menggunakan serbuk teh, bungkus hampas tadi terlebih dahulu dengan kain dan diikat rapi agar tidak terburai.

Sekiranya menggunakan teh uncang, anda boleh gunakan mengikut apa yang dikehendaki. Antara kelebihan hampas teh yang perlu anda ketahui ialah;

1) Menghilangkan jerawat, menegang, lembutkan kulit dan melicinkan wajah

Kita tentu berasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai jika mempunyai wajah berjerawat, berkulit kasar dan masalah lain.

Usah risau, basahkan hampas teh tadi dan gosokkan pada wajah seperti skrub. Kemudian biarkan seketika hingga kering.

Selepas itu bilaslah dengan air bersih. Sebaik-baiknya lakukan dua kali sehari, iaitu ketika mandi pada waktu malam dan pada sebelah pagi.

Hal yang sama boleh dilakukan pada seluruh badan. Anda akan lihat kesannya. Kulit bukan sahaja licin, bahkan lembut dan segar. Ia pasti akan dapat mengembalikan keyakinan anda!

2) Membersihkan cermin

Hampas teh juga boleh digunakan untuk mencuci cermin dan tingkap rumah kerana strukturnya yang agak kasar. Caranya, gosokkan hampas teh pada cermin tingkap sehingga rata. Biarkan beberapa ketika sebelum dibilas.

3) Mencuci tandas

Permukaan tandas yang kotor tentu merimaskan dan membuatkan kita tidak selesa untuk menggunakannya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, anda hanya perlu tabur hampas teh pada tempat berkenaan. Biarkan seketika, kemudian barulah gosok dan bilas. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.

4) Pewangi

Selain kegunaan di atas, ia boleh membangkitkan bau wangi di ruang rumah atau kereta anda. Caranya, keringkan hampas teh terlebih dahulu, kerana jika menggunakan hampas yang basah dikhuatiri akan mengundang rasa yang kurang menyenangkan.

Kemudian sembur atau titiskan haruman yang anda minati. Selepas itu bolehlah digantung pada penyaman udara, kipas atau ruang yang anda kehendaki.

5) Hilangkan kelembapan dan bau kasut atau almari

Letakkan hampas teh ke dalam kasut atau almari yang dikehendaki. Gantikan tiga atau empat hari sekali bagi memastikan kebersihannya.  Bau pengap pasti akan hilang.

6) Merehatkan mata

Setelah seharian mata kita ‘bekerja’. Alangkah molek kalau kita rehatkannya seketika.

Simpan hampas teh beberapa jam atau semalaman dalam peti ais, kemudian lekapkan pada kedua-dua belah mata. Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam.

Bagaimanapun ia boleh dilakukan mengikut kelapangan anda. Mata bukan sahaja segar, bahkan lebam dan lingkaran bawah mata juga akan hilang.

7) Mengatasi kelemumur dan rambut gugur

Pasti ramai yang mengalami masalah ini. Untuk mengatasinya, campurkan teh masam atau hampas teh dengan air suam. Biarkan hingga sejuk. Lumurkan pada ke seluruh kepala. Urut perlahan-lahan seperti bersyampu, kemudian bilas hingga bersih.  

Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah itu, bahkan rambut kelihatan sihat dan berkilau.

8) Menyuburkan tanaman

Tabur hampas teh pada akar tanaman. Sebaik-baiknya gaulkan bersama tanah gambut. Cara ini dikatakan dapat membantu menyuburkan tanaman anda.

9) Membersihkan perabot kayu

Ini cara yang paling mudah, jimat dan berkesan. Rendam hampas teh dengan air panas dan biarkan seketika. Kemudian basahkan kain dengan air rendaman teh tadi dan lapkan pada perabot anda.

10) Menyembuhkan luka terbakar

Sekiranya anda terkena api, minyak panas atau apa sahaja benda panas, tampalkan segera hampas teh pada tempat berkenaan dan biarkan seketika. Ia bertujuan untuk menyejukkan kulit dan mengelakkannya daripada melepuh. 

11) Menyembuhkan kulit yang terbakar terkena matahari

Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar, kulit anda mudah terdedah kepada cahaya matahari dan kelihatan kemerahan seperti kesan terbakar. Dalam masa yang sama ia turut terdedah kepada penyakit kanser kulit.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.