“Jangan Hanya Menilai Dalam Anugerah” – Aishah

Kontroversi rantai berlian palsu membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan Aishah selesai apabila penyanyi tersebut sudah memulangkan semula hadiah kemenangan yang diterima pada program Gegar Vaganza musim keempat itu.

Namun di sebalik kisah kekentalan hati penyanyi legenda ini, Aishah sebenarnya menerima pelbagai bentuk pujian dan juga kejian yang selama ini disimpan rapi di dalam hatinya.

“Disebabkan kontroversi itu, ada yang mula meminati saya dan tidak kurang juga menyampah dengan tindakan saya yang terlalu lantang memperjuangkan hak sendiri.

“Mahu atau tidak, saya akui kontroversi itu menyumbang kepada meningkatnya populariti saya. Orang yang tak kenal saya selama ni sudah kenal saya.

“Perlu juga saya akui, apa jua yang kita lakukan, tidak semua orang sukakan kita. Cuma apa yang saya lihat dan akui, hikmah kontroversi berlian palsu itu menyebabkan saya disenaraikan antara lima penyanyi popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP),” kata Aishah.

Biarpun nama tercalon antara penyanyi yang popular sepanjang tahun, namun bagi Aish Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,54,  perlunya Ada keseimbangan antara bakat dan popular.

 “Saya tahu sekarang adalah zaman tular. Apa sahaja yang dilakukan pasti ke arah itu. Namun, dalam industri ini janganlah harapkan tular sahaja untuk jadi popular.  Kenalah seimbang dengan bakat yang dibawa.

“Jangan hanya tersenarai dalam anugerah popular, sebaliknya harus bagus dalam anugerah yang mencari yang terbaik dan dinilai oleh juri profesional.

“Bila seimbang populariti dan bakat barulah industri kita boleh berkembang dengan positif,” jelas Aishah.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.