Awas Cemburu Wanita!

Cemburu adalah perasaan tidak selesa dan takut akan kehilangan sesuatu yang berharga.

Perasaan cemburu bukan hanya bersangkut  soal cinta semata-mata, tapi wujud banyak perkara yang membuatkan seseorang itu merasakan cemburu.

Sinonimnya perkataan cemburu ini selalu dikaitkan dengan wanita, ini kerana kebanyakan wanita tidak mampu menyembunyikan raut wajah dan perasaan cemburu berbanding lelaki yang rata-ratanya lebih suka memendam sahaja.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa cemburu itu tandanya cinta dan sayang, namun ada juga cemburu yang bersifat negatif.

Nah, berikut adalah beberapa jenis cemburu yang mungkin belum kamu ketahui.

1. Cemburu normal

Cemburu normal adalah perasaan cemburu kerana merasa takut hak miliknya direbut orang lain. Kecemburuan yang satu ini masih dianggap normal.

Selain itu, kecemburuan ini tidak hanya dimiliki oleh orang dewasa yang sedang menjalin hubungan, tapi ketika juga wujud dalam diri seorang  bayi dan anak-anak kecil, rasa cemburu seperti ini sudah ada.

2. Cemburu kerana ingin melindungi

Rasa cemburu ini muncul apabila wujud perasaan ingin melindungi orang yang dicintai. Sikap cemburu seperti ini biasanya ditunjukkan oleh orang tua terhadap anaknya.

Wanita tampak sahaja lemah namun mereka boleh bertukar menjadi sangat kuat jika ingin melindungi orang yang mereka sayangi. Ingat! Tangan yang mengayun buaian, mampu menggoncang dunia.

3. Cemburu yang meracau

Seseorang boleh merasa  cemburu tanpa alasan yang tak masuk akal. Misalnya, seorang isteri cemburu terhadap suaminya yang mengidolakan artis tertentu.

Isteri berasa cemburu kerana artis tersebut telah mengambil perhatian suaminya, padahal dia tahu bahawa tidak mungkin suaminya itu dapat memiliki artis yang diidolakannya itu.

4. Cemburu kerana persaingan

Cemburu ini sangat baik  jika dalam persaingan kerja atau merebut hati seseorang yang dicintai. Kamu akan merasakan cemburu kerana takut kalah dalam persaingan tersebut.

Namun sekiranya wujud cemburu yang berlebihan, ia mungkin akan memudaratkan kedua-dua belah pihak.

5. Cemburu buta

Perasaan cemburu ini boleh dikatakan sangat berbahaya. Jika seseorang sudah merasakan cemburu buta terhadap seseorang, dia boleh melakukan hal nekad. Orang yang cemburu buta biasanya sering berfikiran negatif dan menganggap segala yang dilakukan oleh pasangannya itu salah.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.