Derita Gaji Isteri Lebih Besar

Ketika gaji isteri lebih besar daripada gaji suami, konflik rumah tangga mudah sekali terjadi. kondisi karier dan gaji isteri yang lebih besar sering kali memicu kepada konflik keluarga, biarpun adakalanya pihak isteri tidak kisah tentang perkara ini, namun para suami sering ditekan dengan rasa rendah diri dan tidak selesa.

Menurut pakar psikologi, hanya satu perkara yang boleh menyelesaikan perkara ini iaitu berbicara bersama. Kesepakatan perlu ada dalam rumah tangga, jika sudah sepakat, pasti gaji tersebut berasal daripada suami atau isteri, tak lagi menjadi masalah dan gaji adalah gaji

KELEBIHAN

Membantu Suami

Apabila si isteri bergaji lebih,maka dapatlah dia membantu suami menyara keluarga. Memandangkan kos sara hidup sekarang ini makin meningkat, jadi suami tentu gembira bila isteri boleh sama-sama membantu menyara kehidupan.

Berdikari

Kebiasaannya isteri yang bergaji besar ini lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami. Bila isteri berdikari, kepala suami pula tidak serabut.

Rajin berusaha

Bila melihat isteri mempunyai pendapatan yang lebih lumayan, sudah tentu suami juga tidak mahu kalah. Suami akan berusaha melakukan kerja lebih masa ataupun mencari pekerjaan kedua supaya tidak terlalu banyak menggunakan wang isteri.

KEBURUKAN

Queen Control

Hal ini tidak mustahil berlaku, bila isteri bergaji besar, sudah tentu wang isteri yang banyak berbelanja untuk keluarga. Apabila hal ini berlaku, isteri akan rasa berkuasa dan mula mengawal perjalanan rumahtangga.

Maruah

Mungkin akan dipandang rendah, jika bukan isteri sekalipun, mungkin keluarga isteri yang terlebih sudu daripada kuah. Mereka akan lihat seperti suami cuba menumpang kemewahan si isteri.

Ungkit mengungkit

Berlaku ungkit mengungkit sekiranya ada perselisihan faham, sesetengah lelaki sangat sensetif jika diungkit mengenai kewangan.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.