Wangi – Misteri Di Sebalik Kehilangan Bella

Tidak dinafikan naskah-naskah filem bercorak psiko thriller dan seram merupakan genre filem yang sentiasa mendapat sambutan hangat di pawagam.

Atas sebab itu, Resilience Studio Sdn Bhd telah menerbitkan filem Wangi bagi menambat hati peminat filem Melayu tempatan.

Bakal ditayangkan pada 5 September hadapan, Wangi menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifly.

Filem arahan Mohd Latiff Zami ini menceritakan tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Setelah ibunya pulang ke kampung, Nor mula tertanya-tanya ke mana adik angkatnya, Bella (Nabila Huda) menghilang. Sedangkan Bella tinggal di rumahnya sebelum dia melahirkan anak.  Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah pulang ke Amsterdam dengan alasan mahu berkahwin dengan kekasihnya Azlan (Syazwan Zulkifli).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Untuk mengetahui kesudahan filem ini, jangan lupa saksikannya di pawagam di seluruh negara.

Sebelum itu, anda boleh saksikan trailer Wangi terlebih dahulu.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.