11 Cara Merawat Selulit

Selulit memang menjengkelkan lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Makin bertambah selulit di badan, makin kusut fikiran dibuatnya.

Apa tidaknya selulit membuatkan rupa kulit kelihatan berlekuk-lekuk dan berketul-ketul terutamanya di bahagian punggung dan paha. Biarpun selulit boleh disembunyikan dengan pakaian, namun setiap kali berdiri di hadapan cermin, ia tetap mengundang rasa kurang senang

Jadi bagaimana cara untuk merawat selulit ini. Lawan sesawang www.hellodoktor .com menyarankan tip berikut untuk menyingkirkan selulit.  Bagaimanapun, anda harus tahu bahawa tiada rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif.

Tip berikut hanya boleh membantu anda mengurangkan penampilan kulit tidak sekata ini, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.

1) Menyedut lemak

Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan. Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.

2) Urutan

Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

3) Rawatan laser

Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi, yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya. Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil daripada rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.

4) Minum banyak air

Minum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah selulit. Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.

5) Lakukan senaman secara rutin

Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya.

Berikut antara beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

6) Buat lulur kopi

Lulur kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit. Urut dan pengelupasan memberikan manfaat pada kulit dengan merangsang aliran darah/ limfa dan kafein di dalam kopi mempunyai kesan pengetat.

7) Ambil supplemen Omega-3

Terdapat beberapa bukti pengambilan asid lemak Omega-3 dan vitamin larut lemak yang mencukupi akan membantu mengurangkan selulit dari semasa ke semasa. Selain itu, Omega-3 dan vitamin larut lemak penting untuk banyak fungsi lain dalam badan.

8) Mandi detoks

Teori menyatakan bahawa toksin membina kulit dan lemak menyebabkan selulit. Namun, tiada penemuan bukti saintifik untuk menyokong tuntutan toksin ini dan mandi detoks boleh membantu anda lebih santai dan baik untuk kulit dengan cara yang lain. Jadi anda boleh cuba cara ini.

9) Gunakan pelembap semula jadi

Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia boleh menambah toksin ke dalam kulit, jadi lebih baik gunakan pilihan semula jadi untuk penjagaan kulit dan pelembap. Cuba minyak kelapa kerana ia berfungsi sebagai pelembap serba guna.

10) Menyeimbangkan hormon

Banyak sumber bersetuju bahawa hormon memainkan peranan besar dalam pembentukan selulit dan keseimbangan hormon yang betul dapat membantu mengurangkan selulit. Walaupun ia tidak menghilangkan selulit, keseimbangan hormon membantu dalam banyak cara lain yang patut dilakukan!

11) Kurangkan berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.