Resipi Cucur Durian

Pernah buat atau makan cucur durian? Kalau belum, jom kita cuba buat sendiri. Walaupun ia tidak sepopular cempedak goreng, tapi rasanya memikat selera. Paling penting, ia mudah disediakan.

Sebab hari ini anak-anak ada di rumah, minta tolong mereka untuk buat cucur durian ini bersama-sama. Boleh eratkan kasih-sayang. Kalau buah durian tiada di rumah, cepat-cepat pergi buah durian dahulu okay.

Selamat menjamu selera. Kalau resipi cucur durian ini menjadi, bolehlah sediakan untuk kawan-kawan yang datang bertandang ke rumah nanti.

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

1 camca kecil baking powder

2 sudu besar gula (boleh tambah)

1/2 cawan isi durian – lecek

1 cawan air suam (atau secukupnya)

Secubit garam

1 biji telur, pukul sedikit (jika suka)

Cara membuatnya:

1) Campurkan isi durian dengan gula dan kacau rata. Jika suka masukkan telur dan kacau lagi.

2) Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau kacau sehingga rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Rehatkan selama 10 – 20 minit.

3) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.

4) Boleh dinikmati ketika hiding masih panas atau biarkan sejuk sedikit untuk rasa durian yang lebih kuat.

Resipi dan foto : Azie Kitchen

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.