Amalkan Pemakanan Yang Betul Untuk Elak Stress

Rutin harian yang memenatkan boleh menyebabkan tingkat stress semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi jika anda tidak punya ‘me time’ yang sememangnya diperlukan untuk semua orang.

Salah satu cara untuk mengelakkan tingkat stress semakin kronik, pastikan anda mengamalkan corak pemakanan yang betul. Ini kerana pemakanan juga boleh mempengaruhi mood seseorang.

Ikuti tip pemakanan berikut:-

1) Jangan tinggalkan waktu makan

Tiga waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat. Selain itu, anda juga digalakkan makan secara kerap dalam kuantiti yang sedikit.

2) Amalkan diet seimbang

Pengambilan diet yang seimbang daripada pelbagai sumber perlulah berdasarkan piramid makanan.

3) Kurangkan pengambilan kafein

Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stress serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.

4) Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.

5) Kurangkan gula

Pengambilan gula yang tinggi boleh mengganggu sistem imun yang perlu dalam pengurusan stress. Peningkatan kadar gula dalam darah yang juga boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.

6) Hentikan tabiat merokok

Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stress.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.