Antabax Anjur Kempen ‘Sensitive to Your Needs’

Antabax, rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor 1 Malaysia memperkenalkan kempen ‘Sensitive to Your Needs’ untuk meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif pendidikan jenama.

Kulit sensitif boleh merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus lebih-lebih lagi jika ia terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar.

Menerusi kempen ini, Antabax mempromosikan produk untuk kulit sensitif yang merupakan krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas alkali, haruman yang menyegarkan dan seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%.

Ia juga diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi bagi mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan agar kulit yang lebih sihat dan licin.

Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif.

“Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program ‘one for one exchange’ kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. “

“Pengguna boleh membawa krim mandian sedia ada untuk ditukarkan dengan krim mandian Antabax di kaunter-kaunter promosi di lokasi-lokasi terpilih,” ujar Mandy pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, Antabax turut mengundang ahli dermatologi Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan kulit sensitif.

Sementara wartawan meja sukan, Mia Ibrahim, berkongsi pengalaman tentang penggunaan rangkaian produk untuk kulit sensitif Antabax.

“Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax dan sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain,” ujar Mia.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Antabax, sila layari www.fb.com/NewAntabax untuk laman Facebook atau @antabax di Instagram.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.