Dr. Irma Menulis : Diet Penyumbang Masalah Kulit

Diet dan pemakanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kulit. Jika pemakanan anda tidak betul, sudah pasti ia akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kulit, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit sensitif.

Bagi anda yang sering mengikuti program diet, pasti sudah tahu tentang diet Atkins. Diet yang juga popular di kalangan selebriti Hollywood ini diyakini mampu menurunkan berat badan dengan cepat.

Tetapi, tahukah anda diet Atkins yang tinggi protein jika diambil pada jangka panjang boleh membahayakan kesihatan dan juga sebenarnya menggelapkan dan membuat kulit wajah menjadi kusam?

Jika mahu kurus, makanlah secara teratur, banyakkan fiber dalam piramid makanan, iaitu buah-buahan dan sayuran yang sememangnya elok untuk kulit.

Gantilah beras putih kepada beras perang kerana beras perang walaupun rasanya kurang enak, tetapi sebenarnya amat baik untuk kesihatan dan selain itu ia membantu mengurangkan kulit berjerawat.

Selain itu saya juga suka menyarankan pengambilan suplemen Vitamin C pada setiap hari sebanyak 1000mg dan juga minum air 8 gelas sehari untuk membantu system pencernaan.

Sistem pencernaan yang optimum juga menyumbang kepada kulit yang sihat dan segar.

Satu lagi fakta yang anda mesti tahu ialah, kebiasaan makan makanan ringan, makanan segera serta habit makan di luar juga penyumbang kepada kulit tidak sihat.

Kandungan garam, minyak, gula dan perisa tiruan yang tinggi adalah resepi asas makanan ini.

Makanan sebegini juga penyumbang besar kepada kulit berjerawat dan berminyak. Jangan tertipu dengan iklan dan masaklah sendiri di rumah untuk mendapatkan kualiti makanan dan zat optimum untuk kulit.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.