Sirocco, AirAsia BIG Jalin Kerjasama

Sirocco Hospitality Group Sdn Bhd (Sirocco Group), mengumumkan kerjasama dengan AirAsia BIG dalam usaha meluaskan lagi perkhidmatannya di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kerjasama itu menjadi salah satu daripada saluran pemasaran pelancongan bagi Sirocco Group berikutan AirAsia BIG bakal memasarkan kumpulan itu melalui platformnya yang mampu untuk mencapai lebih daripada 26 juta ahli BIG.

Semua hotel di bawah pengurusan kumpulan itu berpeluang menikmati kelebihan terbabit dengan pelancong bukan saja boleh mendapatkan penerbangan dan penginapan, malah tarikan serta tawaran runcit melalui kerjasama lain yang dilaksanakan Club Sirocco dan AirAsia BIG.

Ketua Eksekutif Sirocco Group, Datin Lea Chan berkata, kerjasama dengan AirAsia BIG ini adalah peluang yang baik bagi pihaknya untuk memasarkan perkhidmatan bukan hanya di peringkat tempatan, tetapi juga global.

“Menerusinya, kami telah mencipta platform bersepadu yang mana ahli Club Sirocco yang sedia ada juga dapat memanfaatkan tawaran menarik serta menebus hadiah,”  “Kerjasama ini adalah tepat pada masanya dalam saat negara sedang bersedia bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan pelbagai promosi menarik akan diperkenalkan daripada masa ke masa untuk ahli Club Sirocco dan AirAsia BIG,” ujar beliau pada majlis menandatangani memorandum kerjasama antara kedua-dua pihak itu awal Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee pula berkata, kerjasama terbabit adalah cara terbaik untuk Air Asia mempromosikan Malaysia dengan memberikan tawaran tambahan rangkaian hotel kepada ahli-ahli AirAsia BIG.

“Kami juga ingin menggunakan perkongsian ini sebagai platform untuk memaklumkan kepada Ahli BIG bahawa mereka kini boleh mendapatkan dan menebus mata semasa membuat tempahan Red oleh Sirocco dan tidak lama lagi MONOPOLY Mansion dan Planet Hollywood.”

“Dengan Mata Ganjaran BIG kami, ahli boleh melakukan lebih daripada sekadar menebus penerbangan AirAsia. Dengan aplikasinya baru-baru ini, ahli boleh mendapat dan membayar dengan Mata Ganjaran BIG untuk tempahan di hotel, lawatan dan aktiviti perjalanan, produk bebas cukai, tawaran harian dan banyak lagi,” ujar Spencer.

Setakat ini, Club Sirocco memiliki antara 6,000 hingga 7,000 ahli sejak diperkenalkan lapan bulan lalu manakala, AirAsia BIG kini memiliki 26 juta ahli BIG.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.