Terapi Alam Semulajadi di eRYAbySuria Hotspring Hotel, Bentong

Hiruk-pikuk kota dan rutin harian yang memenatkan adakalanya membuatkan kita ingin lari seketika membawa diri ke destinasi yang lebih tenang dan mendamaikan.

Bagi yang sedang mencari lokasi percutian yang jaraknya tidak terlalu jauh dari Lembah Klang, apa kata anda ke eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang. Terletak hanya 69 kilometer di utara Kuala Lumpur, perjalanan ke resort ini akan mengambil masa masa kira-kira sejam dari Kuala Lumpur.

Pusat peranginan yang sering menjadi destinasi pilihan buat pencinta alam semula jadi ini menjanjikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Selain boleh merehatkan diri sambil menikmati kehijauan alam, pengunjung juga boleh mendapat manfaat kesihatan memandangkan ia memiliki sebuah kolam air panas semulajadi.

Tetamu hotel boleh berendam di kolam secara percuma, manakala orang ramai yang tidak menginap dikenakan bayaran di antara RM6 ke RM10 bagi menggunakan kemudahan yang disediakan itu.

Berendam di kolam air panas semulajadi merupakan terapi yang sangat istimewa, lebih-lebih lagi jika diamalkan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.

Selain mampu melegakan beberapa penyakit, antara kebaikan lain mandi di kolam air panas ialah melancarkan sistem peredaran darah, membaikpulih sistem penghadaman, menghilangkan stress, membantu menyembuhkan mild stroke, melegakan sakit sendi tulang, menguatkan otot pesakit autism, dan merawat penyakit kulit.

Berkonsepkan sebuah resort mesra keluarga, eRYAbySuria Hotspring Bentong menyediakan 80 buah bilik dengan pelbagai kemudahan, termasuk bilik khusus untuk pengunjung yang terdiri daripada  Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi yang dambakan pengalaman eksklusif, terdapat 20 unit Jacuzzi Villa yang boleh ditempah. Unit-unit ini memiliki jakuzi  peribadi untuk membolehkan tetamu menikmati percutian tanpa sebarang gangguan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.eryabysuria.com, dan ikuti Instagram dan Facebook @eryabysuriahotspringbentong atau @eryabysuria

Anda juga boleh membuat tempahan dengan menghubungi talian 09-2210200.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.