Ezly Syazwan Rakam Lagu Ciptaan Sendiri

Kau Bukan Dia, merupakan single pertama daripada Ezly Syazwan Shah Mohd Joeelleyno Bin Mohd Joeelleyno atau lebih mesra sebagai Ezly Syazwan.

Jejaka berusia 20 tahun ini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi.

Bakatnya mula diketengahkan apabila menyertai pertandingan Battle Of The Band, menjuarai pertandingan menyanyi peringkat sekolah dan pernah menyertai program realiti televisyen TV9, Pop Krew. 

Single Kau Bukan Dia yang bergenre balada ini adalah hasil ciptaannya sendiri dan ia mengisahkan tentang rintihan seorang lelaki apabila cintanya disia-siakan oleh kekasihnya.

Segala pengorbanan dan cinta yang diberikan tidak dihargai malah ditinggalkan wanita kesayangannya.

Ezly Syazwan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma jurusan Muzik di UiTM Shah Alam. Biarpun perlu komited dengan pembelajaran, Ezly Syazwan sama sekali tidak menganggap tanggungjawab seorang pelajar mengganggu bidang nyanyian yang diceburinya.

Malah ia menjadi penyuntik semangat serta ilmu yang dapat membantu beliau untuk berjaya dalam bidang yang diminati. 

Single Kau Bukan Dia boleh didapati di semua platform muzik. Ezly berharap lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan. 

Untuk mengikuti perkembangan terkini Ezly, anda boleh ikuti Instagram : ezlysyazwan, Facebook : Ezly Syazwan, dan Twitter : ezly_syazwan

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.