Tabung Bakti Irma Ariandi Terus Komited

Baru-baru ini, penggerak dan pengasas Tabung Bakti Irma Ariandi, Dr. Irma Shida Abu Samah telah sama-sama meluangkan masa di Zara Aisya Care Centre, Shah Alam bagi menggembirakan golongan warga emas yang menghuni pusat penjagaan itu.

Kunjungan Dr. Irma bersama beberapa kakitangan yang lain ini adalah atas inisiatif dari masa ke semasa Tabung Bakti Irma Ariandi bagi memastikan objektif penubuhannya tercapai.

Ketika sesi kunjungan terbabit, pusat penjagaan terbabit turut dikunjungi oleh krew Nona, TV3 bagi membuat liputan sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Selain beramah mesra dengan penghuni Zara Aisya Care Centre, Dr.Irma dan kakitangan sempat turut serta dalam beberapa aktiviti yang diadakan.

Pada kunjungan itu, Tabung Bakti Irma Ariadi menyumbangkan pelbagai barangan keperluan asas untuk kegunaan penghuni Zara Aisya Care Centre, Shah Alam.

Sedikit info tentang pusat penjaga ini, ia diasaskan oleh Wan Salbiah Mior Yahya dan sehingga hari ini ia mempunyai tiga cawangan kesemuanya.

Ketiga-tiga cawangan terletak di Shah Alam iaitu dua di Seksyen 9 dan satu di Seksyen 11.

Antara keistimewaan pusat jagaan ini ialah ia mempunyai persekitaran yang holistik, di mana semua fasiliti berada di bawah satu bumbung.

Bahkan, ia turut menawawarkan fasiliti medikal dengan suasana seperti di rumah yang mendamaikan.

Anda boleh tonton kunjungan Dr.Irma ke Zara Aisya Centre di https://youtu.be/PHCWmin2Yn8

Kredit Foto : Shareza Shafiee

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.