KOSMO 13 Ogos 2019 – Penjagaan wajah dengan aromaterapi

MEMILIKI kulit wajah kusam boleh mempengaruhi penampilan dan
mengganggu keyakinan diri.

Justeru pengguna mungkin boleh mempertimbangkan. Rangkaian produk empat dalam satu dikenali sebagai Dr. Irma Angel White yang mempunyaifungsi mencerah, melembutkan kulit, menutup pori wajah agar tampak halus dan berseri antara opsyen bagi mengatasi masalah ini.

Set tersebut antaranya mengandungi pencuci muka aromaterapi yang membersihkan solekan, kotoran dan sebum secara menyeluruh sambil melembap dan menegangkan kulit.

Bebas bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hidrokuinon (bahan pemutih), ia turut dilengkapi krim siang dan malam yang boleh memudarkan parut dan jeragat serta menyeimbangkan kulit berminyak. Ia turut boleh digunakan sekeliling mata.

Selain itu krim pelindung tabir suria mengandungi pati biji aprikot. Sapuan dua atau tiga lapisan dapat menjadikannya sebagai alas bedak litupan penuh atau olesan nipis untuk kemasan penataan wajah natural.

Dr. Irma Angel White

Lokasi: Butik spa di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru, Johor

belian online, stokis dan ejen seluruh Malaysia

Telefon: 018-986 7511
Laman web: www.drirma.com.my
Harga: RM129

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.