Kawal Kemarahan Untuk Elak Kemudaratan

Jika diperhatikan, saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan isu kemarahan yang tidak terkawal. Terbaru, seorang lelaki maut selepas terbabit dengan insiden kemalangan kereta.

Perang mulut dikatakan menjadi punca kepada kematiannya. Bagaimana kes sebegini boleh berlaku? Salah satu sebabnya ialah kegagalan untuk mengawal kemarahan.

Sesabar mana pun kita, adalah mustahil untuk melarikan diri daripada perasaan marah. Tekanan di tempat kerja, krisis perkahwinan, masalah keluarga antara isu yang memicu perasaan marah yang akhirnya meledak dan mengundang perkara memudaratkan.

Jadi apa yang boleh anda lakukan apabila diri diselubungi perasaan marah? Berikut adalah tip untuk meredakan kemarahan ketika terperangkap dalam situasi.

1) Panjangkan serta perlahankan tarikan nafas anda.

2) Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan.

3) Senangkan diri dengan melonggarkan otot-otot tubuh badan.

4) Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian ubahkan kepada pemikiran positif dan membina.

5) Fokus kepada pemikiran positif.

6) Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah.

8) Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.