Cinta Madu & Racun : Orang Ketiga


Cinta itu indah namun jika melibatkan orang ketiga, cinta boleh membunuh. Sis terpanggil untuk mengupas permasalahan cinta seorang sahabat. Yang hairannya si isteri lagi berganda-ganda cantik berbanding orang ketiga.

Masalah:

Suami saya jatuh cinta dengan ‘driver grab car’ yang selalu menghantar dan menjemput saya ke tempat kerja dan rumah. Bila di soal siasat, perempuan tu kata “suami puan yang suka saya”. Eiii geram betullah! rasa nak ganyang-ganyang mulut perempuan kurang ajar tu!

Nasihat untuk masalah

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi sis. Bersemuka dengan suami dan orang ketiga itu dengan cara berhemah. Perasaan marah itu letak tepi dulu. Dapatkan kepastian sebelum bertindak. Mungkin boleh guna beberapa cara di bawah :

  • Back to basic. Mohonlah daripada yang maha Esa, maha mendengar lagi maha mengasihani. Mohon agar suami dan orang ketiga menyedari akan permasalahan ini. Mohon agar diberi petunjuk yang terbaik.
  • Bincang
    secara baik dengan suami. Jika terpaksa libatkan keluarga untuk bersama-sama
    menangani masalah, apa salahnya, Ia juga sebahagian daripada usaha bukan?
    (jangan mengaibkan suami ya, cuma mendapatkan khidmat nasihat dari ibu bapa
    atau keluarga yang lebih berpengalaman sahaja)
  • Tambat semula hati suami dengan belaian kasih dan sayang. Kalau susah nak bercakap, tulis sekeping surat atau email. Taip email dan simpan di dalam ‘draft’. Keesokkan hari, buka semula draft email, baca dan perbaiki perkataan-perkataan yang mungkin menyinggung hati. Email dah dibaiki setiap hari akan dihantar dengan nada dan kata-kata yang berhemah dan tidak mengikut perasaan dan emosi semata.
  • Kaji punca dan salah silap diri sendiri. Tak mengapa meminta maaf dan sentiasa cuba mahu memperbaiki diri demi kebahagian rumahtangga dan keluarga.
  • Libatkan anak secara langsung atau tidak langsung. Anak kan pengikat hubungan rumahtangga dan kekeluargaan.
  • Bincang dari hati ke hati dengan orang ketiga. Insyaallah dia akan faham. Dia pun perempuan seperti kita yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri  dan anak-anak. Takkan dia mahukan pergolakkan yang sama berlaku dalam keluarga dan keturunan dia kan? Guna kata-kata yang fakta dan membuka mata supaya dia boleh berfikir secara waras dan tidak bertindak mementingkan diri.

Pesanan buat orang ketiga

Berfikir sebelum bertindak. Jangan pentingkan diri semata. Agama tidak melarang tetapi kita sebagai umatnya yang cukup sifat dan sempurna kejadianNya ini mampu berfikir secara arif dan bijaksana. Hidup bermadu tidak indah seperti yang dibayangkan ya?

Percayalah, tiada manusia yang sempurna. Zaman bercinta dan realiti berumahtangga tidak sama sekali seperti yang dibayangkan. Fikirkan waktu anda mahu melahirkan anak, berhari raya, anniversary perkahwinan malah kematian.

Mampukah anda  menjalani saat memerlukan tanpa suami di sisi? Fikir-fikirlah apa yang terbaik. Solat Istikharah InsyaAllah boleh membantu. 

 

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.