Siti Nurhaliza Serlah Sisi Berbeza Menerusi Vlog

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza kini semakin aktif dalam dunia ‘video blogging’ (vlog).

Aktif memuat naik siri vlog di saluran Siti Official Video, video-video itu mendapat respon positif peminat.

“Sebenarnya, saya sudah lama mempunyai saluran sendiri di YouTube, cuma saya tidak aktif memuat naik video di sana.

Semenjak beberapa bulan lalu, saya aktif berkongsi menerusi vlog dan tak sangka mendapat sambutan yang sangat baik, Alhamdulillah,”katanya.

Tambah pelantun lagu Anta Permana ini, kandungan yang ditonjolkan dalam vlog menampilkan sisi berbeza Siti.

“Saya mahu keluarkan sesuatu yang lain, apa yang peminat belum pernah lihat menerusi vlog.

Sebelum ini, peminat dapat melihat kehidupan saya di laman Instagram sahaja tetapi dengan vlog, saya rasa lebih dekat dengan peminat yang saya sayangi.

Ini juga menjadi apreasiasi saya untuk peminat yang selama ini tak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.

Antara kandungan yang Siti paparkan dalam vlog miliknya ialah video ketika Siti membeli-belah barang dapur, membuat persiapan sempena konsert baru serta perkembangan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Saluran YouTube milik Siti kini telah meraih lebih 225,000 ‘subscribers’.

Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.