Jangan Salah Pilih Krim Pemutih Wajah

Salah satu cara mendapatkan kulit cerah adalah dengan cara memakai krim pemutih wajah.  Wanita Asia memang sangat mendambakan kulit cerah kerana adanya stigma kulit cerah atau putih itu tandanya cantik.

Dek kerana itu, banyak jenama produk perawatan wajah hadir dengan krim pemutih wajah yang menjanjikan perubahan drastik pada kulit. Walaupun pada hakikatnya, krim pemutih itu tidaklah memberi efek yang diperkatakan.

Sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana cara krim pemutih bekerja mencerahkan wajah anda?

Faktor utama yang menentukan warna kulit seseorang adalah melanin. Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, mata, dan rambut  anda. Semakin banyak kadar melanin dalam tubuh, maka semakin gelap pula kulit seseorang. Begitu juga sebaliknya.

Melanin melindungi kulit dari kerosakan akibat daripada radiasi sinar matahari dan meningkatkan reaksi kulit terhadap paparan sinar matahari.

Gunakan krim pelindung matahari yang sesuai untuk memastikan kulit mendapat perlindungan yang baik.

Bintik hitam atau freckles yang sering terlihat pada permukaan kulit wajah merupakan tanda dari meningkatnya produksi melanin di area tersebut.

Jumlah melanin pada kulit ditentukan oleh faktor genetik. Selain itu terdapat faktor paparan sinar matahari, penggunaan bahan-bahan kimia pada kulit, hormon, dan kerosakan kulit yang juga bisa memicu produksi melanin.

Kadar melanin ini boleh berkurangan secara semulajadi. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Dengan itu, kadar melanin akan berkurangan dan kulit menjadi normal kembali.

Selain itu, cara lain untuk mengurangkan kadar melanin ialah dengan menggunakan krim pemutih. Tidak hanya mencerahkan, krim pemutih juga bisa menghilangkan flek hitam, bekas jerawat, atau bintik-bintik akibat penuaan.

Sebelum membeli krim pemutih wajah, pastikan produk tersebut bebas daripada agen-agen pemutih yang boleh memudaratkan kesihatan. Salah satu bahan yang mesti dielakkan ialah merkuri.

Krim pemutih yang mengandung merkuri boleh membahayakan penggunanya, terutama jika ia digunakan dalam jangka panjang. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.

Manakala untuk ibu hamil, ia juga boleh menyebabkan kecacatan dan gangguan perkembangan pada janin.

Satu tip sebelum menggunakan krim pemutih wajah ialah, jangan terus mengaplikasikannya ke wajah atau bahagian tubuh yang lain secara menyeluruh.

Lakukan ujian alergi terlebih dahulu dengan cara mengambil sedikit krim, lalu oleskannya ke bahagian lengan. Biarkan selama 24 jam.

Jika menimbulkan iritasi, rasa panas, gatal, atau alahan lain, maka lebih baik hentikan penggunaannya. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar kulit sebelum membuat sebarang pembelian.

Bagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan set Angel White 4 in 1 daripada Dr.Irma Skincare & Cosmetics.

Set rawatan wajah ini terdiri daripada :

1) Frankinsence Cleanser 2 in 1

Pencuci muka aromaterapi penenang Frankinsence yang cukup lembut dan tidak mengeringkan kulit tetapi dapat membersihkan mekap, kotoran dan sebum dengan menyeluruh sambil melembap, mencerah dan menegangkan kulit.

2) Frankinsence Serum 2 in 1

Serum dalam Penyegar wajah dengan aromaterapi penenang Frankinsence. Mencerah, menegang dan menyekatakan warna kulit. Memudarkan jeragat dan membantu melegakan kulit berjerawat.

3) Frankinsence Beautifying Cool Cream

Krim ringan perawatan siang dan malam dengan aromaterapi penenang Frankinsence. Melembapkan kulit,  mencerah, menegang, memudarkan parut dan jeragat serta menyeimbangkan kulit berminyak untuk menguragkan kejadian jerawat.

Krim sejuk yang meredakan rengsa dan kulit sensitif. Boleh digunakan sekeliling mata sebagai krim perawatan mata.

4) Frankinsence Sunblock SPF50++

Pelindung tabir suria SPF50 yang mengandungi pati frankinsence dan pati biji aprikot menghambat penggelapan kulit, kedutan dan juga radikal bebas.

Sapuan nipis untuk hasil kemasan semulajadi. Sapukan dua atau tiga lapisan untuk menjadikannya sebagai alas bedak litupan penuh.

Set Angel White 4 in 1 ini sesuai untuk semua jenis kulit  dan juga selamat digunakan oleh ibu-ibu mengandung. Paling penting ia bebas daripada bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan hidrokinon.

Kredit foto : www.colorescience.com , https://saynotomercury.com

Share Now:
1 Comment
  1. Hi😍Angel2 & Adiwira tersayang, duk tunggu apa lagi, memang berbaloi, harga berpatutan & superb💯
    Berminat boleh pm saya Official Agent Dr Irma Skincare area *KUALA LANGAT/KUALA SELANGOR/SHAH ALAM/PJ/KL
    serta area2 yang seangkatan dengannya😍😍😍😘😘😘
    click je👉 http://www.wasap.my/60122894808/drirmaskincareviral
    Jangan malu jangan segan pm jerr😘setiap pertanyaan anda akan kami jawab serta bantu semampu yang boleh🌹🌹

Leave a Reply

Your email address will not be published.