Ray Asri Tercabar Dengan Till Jannah

Selepas Antidot Lara dan Adiwira Sepi, Ray Asri kini tampil dengan single ketiga berjudul Till Jannah.  Till Jannah merupakan sebuah lagu balada romantik yang menceritakan dengan harapan agar cinta yang terjalin berkekalan ke syurga.

Till Jannah merupakan lagu ciptaan Dr. Irma Shida sepenuhnya dengan mendapat sentuhan susunan muzik oleh Iswandy Atan.

Mengulas tentang single terbaru ini, Ray memberitahu dia berhadapan dengan kesukaran ketika merakamkan lagu ini.

“Saya rasa tercabar untuk membawakan vibe dan menghayati lagu Till Jannah. Saya rasa sangat sukar kerana sudah terbiasa dengan lagu berentak balada Adiwira Sepi yang penghayatannya lebih kepada kesedihan.”

Untuk lagu Till Jannah, saya perlu tampilkan mood yang berlainan sama sekali sebab lagu ini berunsur kasih sayang yang bahagia. Jadi untuk dapatkan peralihan mood daripada sedih ke bahagia itu agak mengambil masa juga lah,” ulas Ray Asri mengakui perlu merakamkan lagu ini sebanyak dua kali.

Dalam masa yang sama, Ray Asri turut berharap Till Jannah akan mendapat tempat di hati pendengar muzik tempatan kerana dia yakin lagu yang ‘easy going’ ini dekat dengan semua orang yang disayangi samada keluarga, sahabat, mahupun kekasih.

Sementara itu, komposer dan penulis lirik Till Jannah, Dr.Irma Shida memberitahu beliau mengambil aspirasi orang-orang yang berada di sekeliling beliau ketika mencari ilham menulis lagu ini.

“Dalam era yang serba moden dan sibuk ini, saya melihat cinta itu tidak pernah mati. Setiap individu masih memerlukan cinta sejati yang boleh membawa ke syurga.”

“Perkara inilah yang saya bayangkan ketika menulis lagu ini. Biarpun masih membawakan tema cinta, namun saya percaya tema ini tidak akan pernah jauh daripada peminat muzik tempatan.”

“Saya amat berharap Till Jannah ini boleh memikat hati pendengar-pendengar muzik di luar sana,” ujar Dr. Irma.

Till Jannah merupakan terbitan Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama label pengurusan artis, Riyasuara.

Till Jannah boleh dilayari di saluran youtube drirma[dot]com[dot]my – https://www.youtube.com/watch?v=4A-jkWHm3iM dan boleh didapati di semua platform digital mulai 15 Ogos 2019.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.