Betty Banafee Akui Bercerai Talak Satu

Pelakon Betty Banafe mengakui perceraian merupakan jawapan yang paling baik untuk pasangan suami isteri yang dilanda masalah bermuhasabah diri.

Menurut Betty, jika segala usaha sudah dilakukan dan menemui jalan buntu, bercerai talak satu merupakan jalan terbaik.

Betty berkongsi perkara ini menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

“Perceraian adalah perkara yang Allah murka. Bergegar pintu Arash… Betul!

“Tapi jika perkahwinan itu memudaratkan kita dan segala usaha untuk memperbetulkan dan menyelamatkan rumah tangga sudah di jalankan, sudah mendapat rawatan, nasihat dari pihak psikologi, ustaz, therapist, pun gagal…

“Maka jawapannya talak satulah jalan terbaik, untuk kedua pasangan bermuhasabah diri… Still boleh raj’i iaitu rujuk bila bila masa.”

“Tapi kalau anda masih kuat bersabar sampai akhir hayat, maka janji Tuhan syurga buatmu. Moga masalah kita tidak terkesan kepada pembesaran anak anak kita,” tulis Betty.

Tambah pelakon berdarah kacukan ini lagi, persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membentuk tindakan yang bakal dilakukan.

“Faktor persekitaran rumah dan sekeliling untuk diri anak-anak dan diri kita sangat penting dalam psikologi pemikiran kita.

“Pemikiran kita akan membentuk tindakan kita sama ada positif atau negatif. Mengenali corak pemikiran pasangan atau orang sekeliling sangat penting agar dapat kita faham pemikiran mereka dan cara berhubung dengan mereka secara efektif.

“Dalam bisnes juga sama. Saya juga belajar mengenali cara saya berfikir serta cara anak-anak saya berfikir dengan kaedah ‘colored brain’ teknik. Tak caya tanya @fizoomar. Dia dah buat walaupun tak khatam kaedah pembelajaran. It was great ya, Fizo.

“Jangankan pasangan, even tempat kerja, teman teman sekeliling dan lain-lain bidang sangat memerlukan kaedah ini,” tulisnya lagi.

Betty baru sahaja melalui episod perit dalam rumah tangganya selepas hampir tujuh tahun mendirikan masjid.

Berkahwin dengan usahawan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012, mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 10 Julai lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Kredit foto: Instagram Betty

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.