7 Makanan Tingkatkan Metabolisme

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit kepada tubuh-badan. Oleh itu, perhatikan makanan yang diambil.

Untuk selamat apa kata pilih makanan yang mampu meningkatkan metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme badan, semakin banyak kalori yang akan dibakar. Jom semak senarai makanan berikut :-

1) Putih telur
Putih telur kaya dengan kandungan protein, rendah kalori, dan tidak mengandungi kolesterol atau lemak.

Putih telur juga kaya dengan asid amino yang memicu metabolisme tubuh badan.

2) Cili

Cili mengandungi capsaicin yang mampu meningkatkan kadar metabolisme badan.

Selain itu ia juga membantu menurunkan kadar gula dan kolesterol dalam darah.

3) Beras Merah

Beras merah punya khasiat lebih baik daripada beras biasa (putih). Ini kerana ia lebih sukar untuk dihadam sehingga membantu tubuh membakar lebih banyak lemak.

Kulit yang masih melekat pada beras merah membantu meningkatkan metabolisme.

4) Bawang putih

Mungkin ada yang kurang menggemari bau bawang putih. Tetapi ia berkesan memerangi bakteria dan juga virus jahat.

Bawang putih juga membantu mengurangkan kadar kolesterol dan sel lemak pada tubuh.

5) Serai

Serai boleh membantu menurunkan kadar kolesterol. Jika ingin meningkatkan metabolisme badan, minum air rebusan serai atau teh serai setiap hari.

6) Air kosong

Jangan lupa minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter. Atau ikut formula setiap 25 kg berat badan, minum seliter air.

Kajian mendapati air yang secukupnya membantu meningkatkan kadar metabolisme sehingga 30 peratus berbanding mereka yang kurang minum air.

7) Timun

Timun adalah pembakar lemak yang baik. Biji buah timun mengandungi perangsang yang mampu meningkatkan kadar metabolisme.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.