Pesakit Diabetes Perlu Hati-Hati di Bulan Syawal

Selepas menghabiskan masa di kampung beraya, kini tiba masa untuk meraikannya bersama teman-teman di kota.

Pasti banyak jemputan rumah terbuka yang mula diterima. Bagi pesakit diabetes, Syawal merupakan hari-hari yang mencabar.

Ini kerana anda perlu berhati-hati dalam pemilihan pemakanan. Silap makan paras gula dalam darah akan melonjak naik, dan ini akan membahayakan kesihatan.

Ikuti tips berikut untuk elak kadar gula dalam darah naik ke paras bahaya.

1) Patuhi jadual pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana ia penting untuk mengawal paras gula.

2) Jangan lupa periksa paras gula dalam dalam darah. Gunakan glukometer. Seeloknya, periksa aras gula setiap kali selepas makan.

3) Disiplin dalam mengawal nafsu. Anda patut tahu apa yang boleh dimakan, apa yang tidak. Jangan makan secara berlebihan ketika menghadiri rumah terbuka.

4) Elakkan hidangan yang berlemak dan menggunakan santan. Jika teringin, ambil dalam kuantiti sedikit. Mungkin sesuap dua.

Pesakit diabetes perlu kurangkan makanan tinggi karbohidrat, berlemak dan berminyak

5) Elakkan minuman manis kerana mengandungi karbohidrat ringkas yang boleh mempercepatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Seeloknya, ambil air kosong. Boleh bawa siap-siap dari rumah jika bimbang tuan rumah tidak menyediakan air kosong.

6) Jangan abaikan pengambilan serat dalam diet harian. Mulakan waktu makan dengan hidangan buah-buahan sebelum ambil makanan lain.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.