Kalau Tak Mahu Tambah Kilogram Ketika Syawal, Ikut Tip Diet Berikut

Seronok kan beraya? Bermacam juadah yang sudah dinikmati. Lemang, ketupat, rendang, dodol, sate dan biskut raya, mana mungkin dilepaskan begitu sahaja.  

Biarpun perut sudah kekenyangan, tetap mahu makan kerana nafsu menguasai diri. Kalau tak mahu menambah berat badan pada Syawal ini, baik berhati-hati ketika menjamu selera.

Tip diet berikut boleh membantu anda mengawal berat badan sepanjang Syawal ini.

1) Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Ini untuk mengelakkan anda makan dengan banyak apabila berkunjung ke rumah kenalan dan saudara-mara di sebelah tengahari hingga ke malam.

2) Jika mahu memenuhi jemputan rumah terbuka, pastikan anda mengalas perut terlebih dahulu. Jangan sesekali pergi dengan perut kosong. Nanti semua makanan ingin dimakan.

3) Elakkan pengambilan air bergula. Air sirap, oren, sarsi atau teh tarik memang tinggi kandungan gula. Lebihkan minum air kosong.

4) Jangan makan secara gelojoh, sebaliknya makan secara sederhana dan kunyah perlahan-lahan. Ini dapat membantu makanan dicerna dengan sempurna.

5) Kalau mahu makan biskut raya memang boleh. Tapi jangan terlalu banyak sebab ia tinggi kalori.

6) Gunakan pinggan kecil ketika mengambil makanan di meja bufet dan jangan isi pinggan sehingga penuh.

7) Walaupun dalam mood raya, jangan lupa bersenam. Waktu senaman terbaik ialah di waktu pagi atau petang. Buat 3 kali seminggu.

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.