Dr.Irma Menulis : Rawatan Pergigian Yang Tidak Membatalkan Puasa

Setiap kali Ramadan, ramai yang cuba mengelak daripada membuat pemeriksaan gigi walaupun sedang menderita sakit gigi. Alasannya, bimbang puasa akan terbatal.

Hakikatnya, rawatan pergigian secara amnya tidak dianggap sebagai pekara yang boleh membatalkan puasa.  Berikut adalah senarai rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.

1) Mencuci gigi (scaling & polishing).

2) Tampalan gigi.

3) Mengambil acuan gigi di dalam mulut bagi tujuan rawatan.

4) Mengambil gambar X-Ray mulut.

5) Prosedur korona gigi & veneer.

6) Rawatan menggantikan gigi yang hilang (gigi palsu & jambatan gigi).

7) Mencabut gigi, pembedahan kecil mulut & implant gigi (namun selesai rawatan, jika pesakit berasa sakit dan perlu mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik dalam bentuk ubatan yang perlu ditelan, jadi dia harus berbuka puasa).

8) Suntikan ubat bius sebelum mencabut gigi.

9) Rawatan akar gigi.

10) Rawatan orthodontic (braces).

11) Penjagaan kesihatan gigi umum iaitu memberus gigi, flos dan ubat kumur.

Kebersihan mulut perlu dititikberatkan walaupun ketika bulan Ramadan

Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menjaga kebersihan mulut dan mendapatkan rawatan pergigian, selari dengan pegangan Islam yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.

Nabi Muhammad s.a.w. sangat menitikberatkan kebersihan mulut seperti dalam hadisnya dari Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu sebelum berwuduk.”

Share Now:
No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.